Nak semelih saper?

Sedang bonda rilek-rilek sekonyong-konyong dtg putera bertanya "mama.. baby dah semelih blom?"
Ayahanda yg asyik dpn komputer pon angkat kepala. "mende tadi?" tanya ayahanda balik.
"tu.. tu.. baby tu.. dah semelih blom?" tunjuk putera pada puteri bongsu yg tiba2 dtg dekat bonda.
"semelih ape? abe nak royat gapo ni?" tanya bonda plak. Ayahanda pon tertunggu-tunggu.
"Itu la.. yg.. yg.. mama kata kena potong-potong mcm ni" jelas putera sambil tunjuk aksi dgn jari.
"sunat ke?" tanya bonda.
"aha.. sunat"...





[Buat suspen bonda jek.. mana putera dpt idea ni?]

Wajib ke sunat?

"Tahun depan abe nak sunat?" tanya ayahanda kat putera sulong, "Nanti bleh sunat sama2 alang & alif" sambung ayahanda lagi.
"Sunat tu aper?" tanya putera balik.
"Sunat tu nanti **** abe kena potong... zappp! aduhla! aduhla! help! help" terang ayahanda terlebih detail.
Hah! terlopong putera. "kalau macam tu tak nak ah!"

[Bonda: Ayahanda ni nak suruh ke nak takut anak?]

Makmum kecil isyak

"Malam ni semua semayang isyak bejemaah" kata ayahanda pada kami semua.
Putera-puteri pon berjurus sungguh. semua ikut belakang ayahanda dengan khusyuk!
Tapi ayahanda... panjang pulok surahnya malam ni.
"Assalamu'alaikum warahmatullah" ayahanda salam ke kanan.
"Yei.. Yei.. abah dah ciap" puteri bongsu bersuara gumbira sambil berpaling ke kanan.
"Assalamu'alaikum warahmatullah" ayahanda salam ke kiri.
"Yei.. Yei.. abah dah ciap" lagi sekali sambil berpaling ke kiri.

[Bonda terus terkam gomol budak kecik nakal tu]

Merah jambul

"Mama... nyak air pink" puteri bongsu mintak air kegemaran.
Putera sulong berpaling heran, "Air pink tu apa mama?" Pelik! tak pernah dengar.
"Air sirap" Bonda jawab ringkas.
"Ooo... warna dia merah jambul"




[PPSMI ironik: bonda perlu cikgu bm]

Terjemahan: [Alang.. semayang asar!]

Puteri bongsu ringan tulang. kalau suruh sapa2 dia dulu2 lorat gaduh. Kebetulan hari ni kwn2 abe si alif dan si alang datang bertandang. Bonda buat roti bakar byk2 lepas tu suruh puteri tengah tanya alang dgn alif di dalam bilik "Nak roti bakar tak?"
...Tu dia lorat gaduh takut dan ko ore lain "Ayang.. aye aca!"
[Bonda tak tahan nak gelak]

Ceritera di Aidil Adha 1429

Raya haji tahun ni meriah. Nasik dagang ikan salmon bonda tak cukup 2 periuk. Tp blom ptg bonda dan ayahanda dah rasa tak sedap badan. Suhu badan anak2 pon naik. Esoknya kami satu family tak terbangun. Teruknya kami kena flu. Nak bangun masak pon tak larat. Ropanya flu mat saleh lebih kuat dpd flu melayu. Anak2 pon tak sekolah dah 3 hari. Bonda teringattt ibu di kg... dan makcik penjual nasi bungkus di Bt 11. [Kad raya ayahanda desain pon tak dan siap nak posting]

Sapa letak air batu tengah jalan ni!?

Kemarin salji lebat. malam tadi hujan. snow dah cair tp masalah baru plak timbul. laluan pejalan kaki dah jadi air batu! Camana ni? biasa jln ke sekolah 7-10minit dah jadi 20minit. silap langkah sakit dpt, malu dpt, baju pon kotor.

[Bonda agak pasal ni la mat saleh tak ramai anak...]

Sejukkkkknya...

Keluar umah pepagi nampak memutih. sejukkknya! snow hampir 2 inci paling tebal dlm sejarah newcastle... agaknya la. Payah sunggoh tolak kereta sorong dlm salji. Putera-puteri lewat ke sekolah, bonda pulak letih lelah.
[Bonda rasa mcm dalam peti sejuk]

Movie night: insiden malam minggu

Kungfu Panda br nak start. Bonda dah sedia jus, roti dan crisps utk makan sambil menonton atas katil. eh..eh.. inti roti pecah atas katil ke? Bonda selesema tak guna hidu. Putera hidu.. yaik! Puteri hidu.. yaik! takkanlah.. Bonda masih tak percaya. Ayahanda hidu.. sapa buang tebiat atas katil ni?
[Bonda dah hangin.. acap dah bonda warning masuk bilik air buat cara melayu!]

Come rain or snow...

Pagi ni blom sempat keluar umah putera buat muntah2... habih disemburnya baju sekolah dan baju bonda. Bila nak keluar rumah utk antar puteri2 ke sekolah rupanya snow baru turun! patutler sejuuukk semacam. Dah lewat ni! Tu ayahanda dah balik... nampaknya ari ni kena pakai talian hayat lagi :-)

[... talian hayat ler jawabnyo]

Resepi baru... cubalah!

Pernah makan nasi putih campur coco pops? [Bonda: Resepi original puteri bongsu. yum..yum]

Ayum iner

Vacum klener lamo doh nyawo2 ike. Harap landlord ganti 3 bln doh tunggu. Tak daya bonda nak kemah rumoh dengan putera-puteri 4 ore nih. Nasib baik ayahanda beli vacum klener baru yang kecik comel. Keje menyedut lebih merehatkan... pasai putera-puteri bergilir2 nak wat main.

["ayum iner" kata puteri bongsu]

Puteri bongsu is 2 today!

Hepi besday to you,
You've turned into two,
You look like a cutie,
and you're smelled such a bebiey...



[Hepi besday bucuk2 bonda]

Yarghh..... cak ayu abah!

Puteri bongsu baru dpt mulut. Kalo tengok ayahanda nak mandi, tukar baju waima nampak betis jer... keluar dari mulut comel telo... "Yak... tak malu abah!"

video

[Puteri bongsu skrg dah minat nak sekolah plak]

Mama! Abe dah pray at school with Mr Aslam...

Selalunya tak kira sekolah rendah atau menengah pelajar miss zohor pasal asar sekarang 3.15pm dan sekolah habis 3.20pm. Walau Westgate Primary agak tercorot dari segi akademik mungkin sbb lebih 90% foreigners tp ada jugak kelebihannya. Cthnya lunch 100% halal dan putera baru join "Pray club" walau ahli baru 3 org! termasuk Mr. Aslam dan putera.



[Sejuk hati bonda]

Mana homework kak chik?

"Kakak break it with scissors because she doesn't like it. She said dia tak cantik"

Dah mana sekerat lagi?

"Kakak throw to a bin"

Homework puteri tengah dah terputus dua. Malam tadi kawan2 puteri ramai dtg makan nasi kerabu habis homework puteri tengah mereka buat main. Bonda marah pasal Mrs Copping dah pesan balik buat homework. Nasib baik cikgu sini bukan macam di m'sia. Kalau tak rasanya kurang2 dah kena berdiri atas kerusi.

[Teringat dulu kata cikgu, "Buku tinggal kat rumah nak suruh atuk awak baca?"]

Gimme one hundred pounds!

Ramadhan dah berlalu. Alhamdulillah putera berjaya posa penuh. Kekawan putera ada yg dpt upah posa 1pound sehari atau lebih. Bila ada yg tanya apa yg putera dpt sbg upah? inila jawapan dia...

[Bonda cuma "rasuah" pahala dan syurga ajer]

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Putera-puteri cuti sekolah sehari aje tp byk lagi rumah yg tak sempat nak ziarah. "Takpe... takpe... kita kan org Pahang, raya sebulan." kata ayahanda.

[Mewah betul beraya kat sini - tolak baju raya tahun lepas, hak lain macam2 ada]

Mi goreng mamaK

Putera: mama, bukak posa nanti abe nak mi goreng ye!
Bonda: boleh...
Putera: mama janji ye!
Bonda: ah..ha
Putera: mama promise?
Bonda: ye la!
Putera: mama ingat ye?
Bonda: budak betuah!... mama buat la petang nanti.

[Macam2 dugaan dalam bulan posa ni]

It's NOT FAIR!!

mmg tu la ayat favorite modal puteri tengah. semua mesti sama dgn puteri sulong. dpd bilangan baju, seluar, skirt, tight waima berapa kepit rambut di kepala masa nak gi sekolah.

[tercapai gak cita2 ayahanda nak kembar - kembar tak seiras :-) ]

"Kek pisang? hmm... come to papa"

First time buat kek pisang dpt "feedback" baik dpd putera. Anak2 terutama putera mmg pantang kek pisang.. pantang ada semua sapu. pisang pun murah sini.

[posa2 ni semua nampak best, rasa blom tau]

Ni abe hot ni!!! *gedegang*

"Naper?.. naper?.. saper buat abe?"
"Takde ape-ape ah" jawab putera tunggal
"Dah takde ape-ape, naper riuh tadi?"
"Abe kalah game PS2 lagi mama" bagitau puteri sulong
"Hah.. kuat2 sikit lagi biar abah tak bagi main langsung pah ni"

[Terkejut bonda ingat putera-puteri gaduh besar]

Sapa yang buat messy ni!!?

Putera Tunggal: buke abe.. ni mesti baby dengan kak chik
Puteri Sulong: kakak tak.. betul! betul! kak chik dengan baby buat
Puteri Tengah: baby buat! chik tak.. tapi.. tapi.. chik sikit jer.. kakak pon buat sikit je...
Puteri Bongsu: taaaakkk.... chik!

[Bonda: kalo semmo dah tak buat ayahanda kot?]

Kenapa puteri nangis?

"Ada najwa satu lagi yang makan byk pastu dia jadi gemok.. dia tanya nama kak chik.. pastu dia tolak kak chik... pastu dah jatuh dia tolak2 lagi.. pastu Mrs Copping cakap don't do that ".

[Kesian plak anak2 bonda tak pandai melawan]

Come on clock... I'm hungry nii...

"Nanti bukak, mula2 abe nak make nasik, pahtu beger, pahtu weetos dgn susu, pahtu roti sapu jem straberi... " macam2 putera tunggal hitung nak makan sejak pukul 5 lagi. Hari ni imsak pukul 3.32 am dan bukak 8.05 pm.

[Putera mmg gagah]

"Kakak nak posa esok tp kakak nak bawak pack-lunch"

Bonda senyap sekejap dengar cakap puteri sulong. Esok hari pertama sekolah dan 1hb Ramadhan. Tahun ni kami ingat nak ajar puteri posa penuh tp cabaran waktu siang lebih panjang sekarang buat kami re-consider (kata ore tupat) :-)

[Bonda rasa anak2 cepat sungguh besarnya]

ahh... selesa!

Musim panas dah nak abis... skarang ni dah mula sejuk. macam biasa putera-puteri berebut2 nak ganti tempat duduk ayahanda atau bonda bila kami bangun. dapat haba percuma :) kata putera-puteri "ahhh... selesanya"

[Bonda: kadang2 nak tergelak tgk ayahanda celik]

Minggu yang penat

Kami baru pindah rumah 1 Ogos! ya... dah lebih 2 minggu prosesnya tak setel2 lagi. rumah baru lebih selesa dan paling penting murah sewanya. cuma... kata putera-puteri bilik airnya kecik!

[Bonda tak dan nak rehat lagi]

Beskal putera, puteri yg pening!

"Pening...pening..." keluh puteri tengah. "Abe kata nak hok warna merah, abah kata nak beli hok biru... tapi...tapi... jadi hijau pulok"

[Bonda: dah standard ayahanda cantik & murah psst.. 3GBP je]

eh..eh.. kak nor ke?

Sedang putera-puteri main2 kat taman, kami ternampak seseorang yang sangat familiar. Putera-puteri pon percaya!




[Bonda: kak jgn terasa ati ye... doa kami esok2 dpt sampai kat sini]

Hepi besday puteri tengah

Hari ahad 20 julai puteri tengah genap 4 tahun. nah! ni gambar2 terbaru putera-puteri dgn kwn2. TAPI... mana satu besday girl?


[Bonda: tu hak minum air kotak tak reti nak berenti, pastu jap2 nak ke bilik air]

Look! seaside...

Kami dgn rakan2 msia ke carboot Seaham... cadangannya pas tu makan2 tepi pantai. dpt tgk pantai pon putera-puteri dah excited.




[Bonda pon 2x5... lama dah terperap]

Aktiviti musim panas

Cuti sekolah dah mula... sementara aktiviti melancong perlukan modal yang agak besar, aktiviti mengaler di blkg rumah jadi pilihan putera-puteri.

video

[Bonda pon senang dpt buat kerja rumah]

Hari sukan sekolah

Video hari sukan untuk pelajar kecik (pra, tahun 1&2). Tadak hadiah, tadak tekanan, cuma main sambil belaja.

video

[Bonda seronok tengok putera-&-puteri berkawan]

School Report - Teacher's comments

Putera Tunggal: is a friendly and hard-working...well-behaved...has made many friends...he is kind and helpful...worked hard to improve his understanding of english...

Puteri Sulong: is a very quiet and attentive...has made lots of friends...and is a very popular girl...

Puteri Tengah: blom komen lagi.

[Bonda dapat tolong sekadar termampu]

Musim tali skipping

Hari ni cikgu puji Puteri Tengah pasal pandai main tali skipping. Rupa2nya kat sekolah main tali skipping pon cikgu ajar. Patut la Puteri Sulong bersungguh2 nak bawak tali skipping ke sekolah... Puteri Bongsu pon naik sheih!
video

[Kalo buat eksesai bleh Bonda kuruskan badan ni :-) ]

Sleeping Beauty

Dari kecik lagi Puteri Sulong tak byk kerenah... tido tak payoh ulik, tgh mlm tak melalak mintak susu. Kalo mengantuk kat mana2 pon bereh!

The incredible hulk

Putera Tunggal main dlm dunia dia sediri... dush! bam! wham!... tiba2 Putera bukak baju dan... seluar! "hey! nak jadi apa plak ni?" sergah ayahanda...

[Bonda ketawa sampai sakit perut]

Old McDonald had a farm... eeeiii!!!

Puteri Tengah ikut lawatan sekolah ke farm. Macam2 binatang pon ada.

video

[Beraninya Puteri. Bonda tengok pon dah geli-geleman]

Hari ini dalam sejarah

Puteri Bongsu minum ubat!!! apa yang pelik sangat? kalo sapa2 pernah tgk camane puteri "dikerjakan" utk masuk sesudu ubat dlm mulut, hari ni rasanya sanggup bagi upah seposen utk dia.

[Bonda bagi tepukan gemuruh]

Puteri Bongsu yang telebih manja

2-3 minggu ni memang betuah. 4 malay babies, semua girls lahir di bumi Newcastle. Sonok gak bonda dapat pegang-dokong si comel tapi... tak lama, pasal Puteri Bongsu plak yang nangis sampai meleleh-leleh air mata.

[Kesian... bucuk2 bonda. Kompem cuti]

"She is a clever girl"

Sejuk hati bonda bila cikgu puji Puteri Tengah masa ambik dari sekolah. Kata cikgu lagi Puteri dah boleh baca siap "demonstrate" sekali depan bonda nak bukti.

[Bonda kontrol bangga (baca: hidung)]

Tuah Putera-Puteri

Hari ahad 1 Jun ulangtahun kami. Dah 8 tahun tunggu baru ayahanda buat saprais.

[Bonda bukan nak riak cuma nak bagi 'semangat' utk adik2 :))]

Puteri Tengah on TV!!

Can you find kak chik?

video

[Bonda rasa dia menari paling menarik]

Puteri Tumpang Semangkuk

Pening... Pening... Tiap hari Puteri Sulong gaduh ngan Puteri Tengah. Puteri Tengah plak suka melalak. Puteri Bongsu pon satu, dah tau kakak suka melalak, dia pon suka sangat menyakat.

[Blom tumbuh gigi dah pandai baca kitab, cakap x bleh lagi terer plak bab menyakat]

"Kaki kakak sakit..."

Putera Tunggal x sekolah lagi ari ni. kena "hay fever" allergies musim bunga. Puteri Sulong pon x nak ke sekolah. Bonda tanya naper?

video

[Bonda: "ha... lompat lagi jangan berenti"]

Chicken chop? Chicken pox?

Lepas amik puteri tengah di sekolah bonda singgah kat al-halal. "Nape bonda berenti sini?" tanya puteri. "bonda nak beli chicken... ". "chicken-pox ke bonda?"

[Bonda tengok bahasa inggeris anak2 bertambah maju]

Jom main lompat tali ngan puteri sulong

"Ice cream soda, cherry on the top, who's my boyfriend dab and slob. A,B,C,D,E,F,G,H..."

[Bonda teringat "joli moli appo rengget..."]

Asyik-asyik kakak punyer jer yang cantik...

Hari ni bonda tumpang gumbira ngan anak2. terutama skali putera tunggal yg dah lama minta ayahanda belikan scooter... tapi masalah lain plak timbul ngan puteri tengah.
video

[seribu macam ragam buat bonda pening]

Siapa hensem nombor 1 sekarang?

Kalo bab main game, putera sulong berbakat sungguh. Dengan ayahanda pon kekadang dia lebih terer... pastu dia claim tahta hensem.

[ Jawab ayahanda kes tak relevan ]

Adikkkk... oo adik... adik kat maner?

Dari kecik Puteri Bongsu cukup pantang dengan ubat. Sejak ada lesen P ni, tengok aje bonda amik ubat dia dah lari sembunyi... kat tingkat atas.

video

Pic of the week 1: Cita & Airmata

Sediakan payung sebelum bercakap

Hari ni cuaca baik... kami buat BBQ. Putera Tunggal makan ayam sampai patah gigi ke-2 dalam seminggu... perghh.. rekod tu...

[Bonda teringat bonda di kampung :))]

Kakak nak beg barbie...Mariposa

Kesiaaannn Puteri Sulong. Dah 2 minggu pinjam lunch bag Putera Tunggal. Boys selalu usik kakak...

[Kata Uncle lagi 10 tahun ayahanda kena stat asah parang]

Bonda! Pagar abe runtuh...

Pagar tu dah lama begoyang sejak di msia lagi. Kukuh sungguh.

[Ayahanda kata hensem no. 2]

Ciptaan terbaru Putera Tunggal

Kat sini kena pakai stokin 24/7. Putera Tunggal dapat idea cara baru ambik air semaye takyah buka stokin... "just gulung stokin separuh tapak kaki then basuh tumit ajer..stokin x basah, kaki kena air"

[Pak arab x penah bukak stokin pun]

Ayahanda tak tau bahasa inggeris...

Sejak putera-puteri sekolah... ayahanda dah jadi tak pandai bahasa inggeris. kata anak2 ayahanda asyik salah sebutan jer...

[Ayahanda masih slang US, anak2 slang Geordie+Paki]

Abe dah pandai semaye sediri..

Masuk maghrib, ayahanda hampar sejadah.. "Putera Sulong ikut solat belakang" kata ayahanda. Tapi bonda tengok ayahanda baru 2 rakaat, putera dah bagi salam. "Nape tak ikut ayahanda?" Jawab putera "...

[Bonda dah agak dia kan jawab gitu]

Puteri Tengah basah lagi...

Macamana bonda tak bebel... kat sekolah tadi bonda dah tanya tapi Puteri Tengah cakap tak nak. hah! blom sampai separuh jalan puteri dah terkepit2. Bukan sekali ni jer... tapi dah berkali2 bonda warning.

[Kata ayahanda dah biasa nengok sejak kecik :))]

Kakak nak "pak lunc"!

Hari ni hari pertama Puteri Sulong ke sekolah.. masa bonda ambik dia Miss bagitau Puteri Sulong menangis di sekolah... Bonda tanya naper puteri nangis? "Puteri takut sebab ada budak laki kacau kat sekolah" pah tu? "Puteri tak nak school dinner, puteri nak pack-lunch"....

[Budak2 geram kat pipi tembam :)) ]

Bestnyer... Teddy kakak beeesaaaar!

Dulu kita ada baaanyak anak patung.. tapi nape skang kita dah takde ape-pe, bonda? Ngomel lagi Puteri Sulong.

[semalam kami 1st time pegi carboot]