Suitable your face

Puteri bongsu paling suka wat sendiri benda2 yang bonda larang. Kalau yang di suruh plak bukan main liatnya.. kalau tak kena time.

"I want to cut nail myself.. abe n kakak n kakchik did it," pinta puteri bongsu.

"NO." walau bonda dah berkeras banyak kali, puteri tetap tak layan.

Akhir skali bonda mengalah..

"biar.. takpa. kalau lepas ni baby hurt, then ada blood, mami says PADAN MUKA."

"mummy! dont say like.. eer.. err.. er.. you said to me.. hmm.. hmm.. i dont know."

[Bonda: Parah dah bm putera-puteri ni]

Jom main upih pinang


Tahun 2010 ni snow dtg awal. 2 kali plak tu. br januari lepas dtg yg teruk, sekarang ni sejak november dtg laaagi teruk.. katanya the worst in 20 yrs.

Bawak kete licin dan bahaya.. bawak stroller plak asyik lekat dalam snow.. lenguh segala sendi menolaknya.. lebih baik jalan kaki.. tp Puteri bongsu plak jalan perlahan.. pastu asyik nak dukung.

so ayahanda ada idea yg baik.

[Bonda bawak sledge ke mana2.. even pegi beli groceries :)]

Puteri Bongsu dah 4 tahun!!

Hepi besday bonda's little baby puteri bongsu. Pejam celik-pejam celik dah masuk 4 tahun.



[Bonda: Ya Allah kurniakanlah kami anak-anak yang senantiasa menyenangkan hati-hati kami]

Almost 4 year old's mind


"you not my friend.. daddy not my friend.." puteri bongsu bergaduh dgn kami. tak kira masa nak aiskrim. kalau tak bagi macam ni lah perangai dia.

"i am not baby.. i am 4 years old now" bentak puteri bongsu lagi bila bonda cuba pujuk dgn nama baby.

"i dont want to live in this house.. i want new family.. mummy and daddy don't love me anymore.. i want to go to anis' house" terkedu bonda dan ayahanda. si puteri sulong dan puteri tengah tersengih2 nak tergelak. tahu pon yg adik dia ni kelakar.

"don't pujuk me.. i want new family now" wah-wah! semakin melebih pulak si kenit ni. dari mana idea ni dtg pon kami tak tau. takde lain ni musti terlebih pengaruh tv.

tp ayahanda tak mati akal. pakai ilmu mullah tokcik katanya.

"Kakcik.." ayahanda panggil puteri tengah. "go get baby's clothes. put them in a big bag. i'm sending baby to anis' house because she doesn't love us anymore"

Kemudian ayahanda tengok puteri bongsu.

"i'll send you to anis' and you're not coming back here because you don't love us anymore and you want new mummy and daddy" sambung ayahanda lagi, "but that's alright because kakcik can always be our baby. she always love us and dont want new family"

Puteri bongsu dah sedih.

"i'm sorry mummy. i'm sorry daddy. i love you. i don't want new family anymore" puteri dah separuh menangis.

"ok.. you can stay here and be our baby" kata ayahanda. " kakcik! dont put baby's clothes in a bag. she's staying now"

"mummy.." puteri bongsu bisik kat bonda "i dont want new family. i just want to sleep over"

[Bonda: budok celiko.. kata ayahanda]

Salam Aidilfitri

kami mengucapkan salam aidilfitri buat kaum keluarga di tanahair, kawan2 di Newcastle UK dan di mana saja berada. Maaf dipinta jika bersalah. Semoga sentiasa di bawah rahmatNya.
Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Eyeshadow tu aper?

"hei! naper baby kaler baby punye eyes ni?"

bonda terperanjat tgk puteri bongsu dah kaler mata dgn magic color.

"it's bratz mummy. my friend said i don't look pretty when i dont wear this"

amboii.. budak terpengaruh ngan tv pandai plak menjawab.

"ye la tu. which friend? nanti mami tak bagi watch bratz baru tau"

bonda rasa mcm nak bg ceramah ajer.

"tasnim and anis said that"

"mana ada. anis pon said bratz yucky.. nanti magic color susah nak basuh tau?"

"it's easy.. when i take a bath, it's gone"

[Bonda: itula budak kecik takde worries langsung]

Let's go to india

Puteri bongsu bangun tido rushing ke bilik bonda..
"mami.. i want to go to india. you said i can go to india"

bonda tersenyap sekejap.. cuba nak paham kobonda yg puteri nak bagitau.

bila tengok bonda tak response puteri mula merengek2..
"pleaaase mami.. i want to go to india like aliya. you said i can go. i want to make my nails red like aliya. pleaaase mami.. pleaaase"

oh! bonda dah lupa. semalam puteri nak kaler kuku warna merah mcm aliya. bonda cakap esok kita pergi beli inai kat kedai india :)



[bonda: bila dah beli taknak pakai plak.. yucky like poo katanya]

Bonda disapproved.. ayahanda veto!

"NO! pergi tukar"

bonda arah puteri tengah. puteri tengah suka pakai merapu2 yg kenkadang bonda rasa tak "masuk" langsung dgn kaler yg warna-warni.

"don't change chik! i think you look lovely"

ayahanda plak yg defend puteri.

"abah rasa kakchik ada taste for fashion. mungkin esok2 dia bleh jadi fesyen designer yg hebat"

"mama nak kachik jadi doktor yg hebat" bonda plak tempelak ayahanda.

"ye la.. jadi doktor tp still ada taste for fesyen mcm mama dia?" balas ayahanda.

[Bonda: ayahanda ni pon satu. macam2]

Puteri tengah is 6!

Hepi besday puteri tengah.

semalam 1st time puteri dpt sambut besday kat sekolah. sebelom ni besday puteri jatuh hari2 cuti. agaknya pasal tahun depan kami dpt balik insyaallah.

[Bonda: puteri yang sentiasa lembut dan ceria]

cool daddy

"daddy.. gimme the hat. i want to make you look coool" kata puteri bongsu. dipusingnya topi ayahanda ke belakang jadi mcm rappers.

"yo! yo! wasap.. wasap.." dua beranak main sama2. si puteri sulong mengilai2.

[Bonda: cuti hujung minggu]

Shoes for sale

"Yea.. yea.. my house got a shoe shop.." puteri sulong menyanyi2 dekat tangga.

"eh.. mana mama ada kedai kasut plak?" sahut bonda dari dapor.

"yes.. look at these shoes! you put them like in a shoe shop"

[Bonda: sorang ada sampai 5-6 pasang.. ]

I wish you..

"mummy.. can i have bubble gum please?" pinta puteri bongsu. bonda tgh siapkan pack lunch putera-puteri sblm ke sekolah spontan jawab "NO!".

"ahhh.. I wish you turn into a frog" puteri bongsu hayun magic wand kat tangan ke arah bonda.

"ribit.. ribit.." bonda dah jadi frog.

"Now i wish you turn into mummy again" puteri hayun magic wand lg sekali. "can i have bubble gum now?"

"NO! too early" bonda berkeras.

"I wish you into a frog again and again and again" puteri dah meradang.

[Bonda bukan katak cari makan]

Do we eat poo?

Lepas sarapan nasik lemak, ayahanda amik snek feveret dia.

"daddy! you eat poo!" puteri bongsu tegur.

terkejut. sampai buah celagi dlm mulut ayahanda terkeluar.

[Bonda blom habis nasik lagi]

Polis ke sekolah

elok bonda sampai kat sekolah, miss elise terus bagitau..

"today we have policemen visiting school and nayli was scared. she ran away. when i asked her she said that she is afraid of policemen because they will take her away from her mummy.."

bonda gelak.. tak sengaja pon. spontan ajer. bila nampak miss elise nampak heran bonda pon explain.

"i said that when she did not want to sit on her car seat"

miss elise angguk ajer.

[bonda rasa bersalah pon ader :)]

yumm.. yumm

video

[Bonda: Megi.. mak tak masak, anak2 laaaagi suka]

Miss giggle

"Nashua giggles alot in classroom" bagitau mrs ready cikgu kelas puteri sulong.

"she giggles to anything.. I said i want to put her in the bin.. and she giggles" sambung-nya sambil tersenyum.











[Bonda: suka2 dulu.. ending dia teriok]

Little miss director

"mummy.. can i keep this chocolate by myself?"

Puteri bongsu nak coklat byk. Bonda dah tau fi'il puteri.. kalau byk coklat nanti dia jilat ser-ser pastu tinggal atas meja.

Jadi bonda cuba be-diplomasi.. "baby choose.. then mami simpan coklat box, ok?"

"THAT"S NOT A GREAT IDEA, MUMMY!"

[Bonda terkezut..]

The princess & the frog

"Daddy.. is it school tomorrow?" tanya puteri bongsu.

"No."

"Can we watch movie tonight?" sambung puteri. "I don't want to watch Princess & the frog again.. she kissed on the lips.. eewwwww"

[Bonda: budak2 zaman sekarang]

Po-nayli-O

"movie time.." kata puteri bongsu bila bonda suruh putera-puteri masuk tido.

"oh.. not ponyo again" balas putera tunggal.

"please baby.. let's watch something else" pujuk puteri sulong dan puteri tengah.

"hmmm... " puteri bongsu berfikir.

"i want to watch ponyo! 1-2-3-4-5 times" sambung puteri bongsu sambil tunjuk jari kanan.

"NO!!!!" serentak.

Cuti sekolah 2 minggu dah di penghujung. Selama 2 minggu-lah putera-puteri watch movie online setiap mlm. 5 x ponyo, 4 x kungfu panda.

[Bonda: 14 x tido :) letih.. ]

Putera is NINE!

Last monday putera tunggal sudah 9 tahun.

"abah.. can i have spiderman 3 game for my birthday?"

"No!" jawapan tipikal ayahanda. tgk esok atau lusa sampai game dlm pos.

happy birthday putera ku.

[Bonda dah ada anak teruna]

Slow vs. fast

"apa ni?? komputer kan banyak tu. adik!! don't kacau kakcik. adik play la komputer satu lagi."

Pening bonda dgn puteri bongsu asyik kacau puteri tengah ajer. ayahanda dah sedia cukup komputer utk satu sorang wat main pon masih berebut2.

"that one is slow one, this one is fast one." jawab puteri bongsu.

Ayahanda yg tadi duduk berehat atas sofa, bonda tengok "terpengsan" bila dgr puteri bongsu justify :)

[Samada anak2 yg terlalu cepat besar atau bonda yg blom terasa berumur]

Surprising Putera

Bonda dah tau, kalau ajak putera-puteri jalan musti ada yang buat muka seposen. tapi dah lama kami tak kuar umah. kalau selamanya ikut putera tunggal, memang main game sepanjang hayat jawabnye.
bonda dah plan.. mula2 kami pergi royal quays outlets. kwn2 kata ada byk sale. musti putera wat muka moyok. pastu senyap2 pergi lunch kat kfc di metro shopping centre. hooray.. satu2nya kfc halal di newcastle baru bukak 2 minggu. walau bonda bukan peminat kfc, tapi kerana dah lebih 2 tahun tak makan kfc, teringin gak nak merasa :)
.
semua mcm yg di plan. Puteri-puteri enjoy day out kecuali putera. masa balik putera dah tak sabar nak ke rumah, tp kami melencong ke metro centre. semua tertanya2 tp kami nak surprise putera senyap2 bawak ke kfc.

Selepas pusing2 dekat 10 minit baru jumpa kfc. Pelik! Para puteri dah gumbira nak order burger, ayam dan aiskrim tapi.. Putera takdak reaksi yang diharapkan. muka masih masam kelat lagi.

"What do you want to eat?" tanya ayahanda.

"Nothing" jawab putera sepatah.
.
"What?? Why? don't you like kfc?" ayahanda dah mula geram. biasaler.. perasaan bila projek tak jadi ;)

"but.. it's not HALAL" balas putera perlahan.

Putera wat rekod sebiji zinger burger + sebiji colonel burger + seketul ayam goreng sebelom bonda suruh berenti takut muntah dalam kereta balik nanti.

[Bonda: sebetulnya putera yang "surprise"kan kami]

Siber Kafe

"mama.. can i play computer?"

celik ajer mata, begitula soklan putera tunggal setiap pagi bila hari cuti. seawal 5.00pg tika kami masih setia golongan muzzammil putera dengan gigih bertanya walaupon jawapan yg diterima sama setiap kali..

"NO!" terkadang serentak dgn jawapan ayahanda yg terganggu program mimpi.

"can i watch tv then?"

"6 o'clock. pegi tido dulu" dalam letih-mamai bonda bg arahan.

"but i'm not sleepy anymore. how about cookies and milk? i'm hungry"

"ikut mu la abe. just be quiet!" ayahanda dah tak sabar nak sambung program yg ter"pause" tadi agaknya.

"pagi esok tgk la. habis cokelat dgn jajang disapunya. adik bangun nanti wat peel la."

[Bonda: jadual tido putera tak pernah bertukar sejak umor satu hari]

"Down" Jay Sean ft. Lil' Wayne


"daddy.. this song makes me cry sometimes when i sing it. i just can't help myself. it's not like i cried out loud"

why? what makes you sad?

"you know.. thinking about the sky falling down. then our house will go up"

[Bonda: mungkin puteri tengah concern pasal Haiti?]

"You are grounded!"

Adakala putera-puteri wat salah ayahanda denda. denda yg paling effektif bergantung pada minat atau cenderung putera-puteri.

"you are not allowed to play computer, ps2 and psp for 2 weeks. both here and at uncle's house. you can only watch tv but you cannot watch your favorite shows. let adik choose what program to watch."

ini hukuman yg paling teruk pernah putera tunggal kena. dengan muka sedih jawab putera. "oookeeey".

puteri sulong pon pernah kena tp puteri sulong jenis yg tak bermulut. senyap dan tak cakap apa2 terus masuk bilik dan buat kerja sendiri.

puteri tengah pulak tak sempat marah dah mengalir air mata dan teresak2.

yg special puteri bongsu aka "the boss".

"no! i'm not grounded. you busyuk banga" si rambut merah marah balik ayahanda.

"amboi. melawan ye! you are grounded and you cannot play computer for 2 weeks"

"it's not your computer! it is my computer and mummy"

[Bonda: tiap2 anak ada spesel dia]

Apa masalahnya?


"No! baby cuti today"
"No! baby tak sihat"
"School is boring.. baby nak mama ajer"

Itula jawapan2 puteri bongsu bila tanya naper taknak sekolah. Ntahlah.. sejak naik cuti puteri dah malas ke sekolah. dulu beria2 sampai ayahanda kena bayar 6.50 sepagi. sekarang dapat sekolah free 5 hari seminggu puteri wat perangai plak.

[pujuk tak makan sampai bonda pon hangin]

She is 7 today

Hari ni genap puteri sulong 7 tahun. sejak semalam duk pesan bonda beli 2 kek. satu nak bawak ke sekolah, satu lagi nak sambut dgn kwn2 kat umah.

Ayahanda plak baru beli printer.. test buat kad besday puteri. apalagi.. mencuka ler si puteri tengah. puteri bongsu yang bossy plak dah awal2 lagi claim kad besday dia.

maka ayahanda yg sporting pon terpaksa ler wat further test kat printer epson yg baru.

[Meriahnya bonda rasa]