Boxes vs boxers

tengah packing barang2 kotak habis la plak.. nak beli kedai dah tutup, pagi esok kontena nak sampai. Bonda pukul talipon kawan mintak beli kotak barang 2 bijik.

sedang elok bonda bukak bonet keter, puteri bongsu tanya ayahanda;

"what's mami doing at alia's house?".

"picking up boxes" jawab ayahanda.

"it's not boxes daddy, it's box" balas puteri.

dengan konfiden ayahanda jawab: "1 is a box, 2 are boxes".

"box is to put things in, boxes punch people" hujah puteri.

ayahanda memang anti dengan melayu yang belagak dia sorang saja BI "perfect":
"no adik.. you are wrong! and do not correct me because i hate it!"

sambil senyum puteri jawab "you are a baby, daddy".

[Bonda: dah semulajadi melayu penyakit suka betulkan orang walau tak perlu]

Last UK raya 2011


Dari jauh diucapkan salam
Buat keluarga, handai dan taulan
Empat tahun menyambutnya di perantauan
Selamat hari raya kami ucapkan
Maaf zahir dan batin kami pohonkan
Insya'allah beraya di tanahair ditahun depan

Why mummy get angry

Setelah sikit lebih 2 tahun, tiba masanya untuk kami berpisah dengan si Merah.

Hari rabu sorang minah saleh datang tengok dan setuju untuk ambik hari jumaat. Puteri bongsu cuma tengok tanpa cakap apa2. Hari ni jumaat minah tu datang lagi untuk test drive sebelom bayar.

Sambil berdiri dekat tangga tengok ayahanda dan minah tu keluar, puteri pusing tengok bonda;

"when they got married, you'll be angry"

[Bonda terlopong]

Shopping-Phone-Save-Mummy

Tak lama lagi kami dah nak balik. since duit syiling tak laku kat mesia, so hari ni ayahanda besama putera-puteri korek tabung masing2. Hasilnya agak lumayan;

"What do you like to buy with your money?" tanya ayahanda.

Puteri bongsu: "I like to go shopping.. and I 'll buy your favorite fruit and mummy's too."

Puteri sulong: "A phone.. i want to buy a phone."

Puteri tengah: "I want mummy to have it."

Putera tunggal: "I want to save it."

[Bonda: Kepelbagaian yang menarik]