say cheese...

video
Persembahan puteri bongsu sempena 9 tahun anniversary kami.

[Bonda: hepi besday to pokmudo hari ni & moksu esok]

Tiba2 teringat ayohdo pulok

Dah lamo bonda teringin nok make tupat sutong. Ayahanda beli sekotak hak beku.. bukak tgk ado la 10 ekor.

Blom masak atah dapor lagi putera-puteri duk tadah piring. Putera tunggal makan 4, Puteri sulong 4, Puteri tengah 1, ler.. tinggal sekor jer untuk bonda nak kena share dgn puteri bongsu.. nasib-nasib.

tu pon kira rezeki bonda pasal ayahanda siang2 lagi dah warning... "TAK NAKKKKK!!"

[Seingat bonda "tupat suton" feberet ayohdo hehehe]

Tiba2 teringat siti nurhaliza


"fondue? bende ape tu?"

Pertama kali bonda dengar mende alah tu bila uncle cakap putera-puteri suka makan kat umah depa.

2 hari lepas ayahanda ke kedai buah. katanya stoberi tgh murah. se-pound dpt 2 bekas adaler dlm 40 biji (jgn jeles org limerik ye.. deme dah dpt lemang jepong :))

Hari ni ayahanda dah bising2 bila nampak buah stoberi dah nak bekulat...

"buat la ape2... smoothie ke, jeruk ke... dah buruk membazir je"

hisshh... camana ni? balik ayahanda nanti kena lagi.
Idea!!! Bonda tanya pakcik google... camana nak buat fondue sebelom putera-puteri balik sekolah.

[Tak dapek laie bonda nak diet ari ni :) ]

Yang ni mata, hak tu idung...

Kesiaaaannn Puteri bongsu... demam lagi.

Demam kali ni mata dia be-taik. Apa ntah doktor panggil. Kalau bangun pagi2 mata dia takleh bukak dia nangis panggil bonda.

"Mama! mata eby ada aik idung"



[Haaaa? terkezut besar bonda dengar]

Puteri yang raja

2 minggu lepas ayahanda bawak puteri tengah jumpa dentist.. terkeneng2 bawak balik sticker barbie lekat kat baju yg dentist bagi "for being a good girl".

Pastu minggu lepas bawak plak lagi 3 putera & puteri jumpa dentist.. puteri bongsu dak sabar2 nak masuk bilik rawatan pasal nanti dapat sticker. Dentist check gigi pon tak nangis.. pastu terkeneng2 lekat sticker tazmanian devil dia di baju.

Minggu ni giliran bonda plak. Putera-puteri semua ke sekolah jadi cuma bawak puteri bongsu ajer. Ayahanda sbg jurubahasa dan puteri pon masuk skali..

Bila dah selesai kami ke pintu tp puteri tak nak kuar..

"Jom" ajak ayahanda. Tapi puteri tak bergerak. "Nape dik?" tanya ayahanda lagi

"Ane mama ciker?" tanya puteri.

Dentist tu paham puteri sebut sticker. dia gelak dan buat kuar sticker.. "which one do you like?" tanya dia kat puteri.

"NOO! mama unye ciker" kata puteri garang.

Malu. Bonda ambik sticker terus kuar.

[Puteri bongsu ni macam2 ragam dia]