I hate sekolah balai

Semalam pagi sabtu kami bersiap2 nak ke mesyuarat agong Balai Malaysia Newcastle sekali dgn rumah terbuka aidil adha. jadi sekolah (agama) balai dibatalkan.

"so, there no sekolah balai today? yess!!" putera bersuara.

"eh!" bonda dah nak naik angin. "kamu tak suka nak belajar agama ke?" tempelak bonda. bonda ingat pasal putera dah gian PS2.

"but.. people bullied me at sekolah balai" jawab putera.

"eh.. kan semua kawan2 kamu kat situ. sapa yang buli?" bonda terkejut. baru hari ni dia cakap. dan anak2 bonda selalunya suka ke sekolah pasal boleh berkawan.

"yes.. my friends bullied me. a** and a** did. sometimes h** and even a** did. only h**, a** and l** did not" jelas putera.

"if they're your friends why would they do that to you? what kind of friends are that? did you ever tell the teacher?" ayahanda pon dah panas.

"bcause they thought that i'm weak. they do the wresling moves to me. the teacher didn't do anything bcause they will do that to them." jelas putera.

"ok. i'll talk to the headteacher 1st or their parents. you're not going to sekolah balai next week. or i can also teach you some moves but that could be very dangerous. I do not teach my son to mengalah just to be bullied. that's it" berjela2 ayahanda membebel. inggeris ada melayu pon ada.

[Bonda: nampak sangat ayahanda tengah geram. kalau ada anjing menyalak kat situ tentu dah kena sepak]

Selamat hari raya aidil adha dari rumah baru

Selamat hari raya aidil adha daripada kami sekeluarga.

Lupa nak bagitau kami dah pindah ke rumah baru dah sebulan. Jadi raya aji ni lebih meriah sbb kami buat rumah terbuka.

[Bonda wat sate, pulut panggang & kopok gote.. sori dah abiss]

Cuti

Biasa putera kena imami sembahyang bersama puteri2 adik2nya. Kadang2 bila malas putera carik alasan.

"Can I pray by myself today? why can't they pray with you?" soal putera.

"mama cuti" jawab bonda.

"how? why can't I cuti too?" putera rasa heran.

"girls aje boleh cuti. boys tak boleh" terang bonda.

"not fair" spontan balas putera. Puteri2 dah suka. bonda plak yang teragak2.

"org pompuan dewasa aje yg boleh cuti. budak2 tak boleh" jelas bonda.

"why?" puteri2 plak yang keliru.

"org perempuan cuti bila datang period" jelas bonda. putera-puteri makin keliru.

"what is period?" tanya plak putera.

Bonda senyap. ish..ish.. pikir camana nak bagitau budak2 ni.

"Nanti abe besar abe tau lah sendiri" bonda akhirnya mengalah.

"not fair. i have to wait for a very-very long time" respon putera.

"kalau abe nak tau gak, esok tanya kak madihah" bonda bagi cadangan.

"Kak madihah will say.. kruk-kruk-kruk-kruk.. she speaks very fast. I can't understand her" jawab putera.

"dah.. pergi tanya abah" bonda bagi penyelesaian terakhir.

"no. tak nak. nanti abah said abe kena kawin first"

[Bonda: ayahanda talian hayat terakhir]

Putera ketua keluarga

Dah seminggu putera demam off-on. ler ni puteri bongsu plak panas badan sampai mata bertaik. si puteri tengah asyik merengek2 sbb dizzy. Puteri sulong pon panas badan.

Sekarang dah masuk musim demam. Tahun lepas kecuali putera, kami semua demam mulai hari pertama raya haji sampai 3-4 hari tak leh bangun. Sbbnya putera dah demam lebih seminggu sblm kami.

Semoga tahun ini kami semua dan mereka2 yang tersayang diberi kesihatan yang berpanjangan.


[Bonda pon rasa lenguh2 badan. kalau ikut perasaan nak tido jer]

Perkhemahan musim sejuk

Ayahanda dah beli khemah besar, khemah kecik, sleeping bag, air bed sampai penoh bawah katil putera-puteri. Ni semua nak wat ape? menyemak je.. marah bonda.

"masa murah kita beli ah.. nanti nak guna tak nyusah minjam." jawab ayahanda.










"jom mlm weekend kita tido dlm khemah. buat test dulu" ayahanda ajak putera-puteri.

[Bonda: macam-macam]

Hepi besday puteri bongsu dan alif

Semalam, puteri bongsu aka Barbie Princess meraikan besday ke-3 bersama-sama besday ke-9 alif aka Batman. Puteri sulong aka Cinderella dan puteri tengah aka Snow White memerhati dengan jeles.

sementara Barbie Princess dengan gumbira meniup lilin, batman asyik tersipu2 (camera shy).

[Akhirnya nasi kerabu fest bonda berjaya 2 dalam 1]