Surprising Putera

Bonda dah tau, kalau ajak putera-puteri jalan musti ada yang buat muka seposen. tapi dah lama kami tak kuar umah. kalau selamanya ikut putera tunggal, memang main game sepanjang hayat jawabnye.
bonda dah plan.. mula2 kami pergi royal quays outlets. kwn2 kata ada byk sale. musti putera wat muka moyok. pastu senyap2 pergi lunch kat kfc di metro shopping centre. hooray.. satu2nya kfc halal di newcastle baru bukak 2 minggu. walau bonda bukan peminat kfc, tapi kerana dah lebih 2 tahun tak makan kfc, teringin gak nak merasa :)
.
semua mcm yg di plan. Puteri-puteri enjoy day out kecuali putera. masa balik putera dah tak sabar nak ke rumah, tp kami melencong ke metro centre. semua tertanya2 tp kami nak surprise putera senyap2 bawak ke kfc.

Selepas pusing2 dekat 10 minit baru jumpa kfc. Pelik! Para puteri dah gumbira nak order burger, ayam dan aiskrim tapi.. Putera takdak reaksi yang diharapkan. muka masih masam kelat lagi.

"What do you want to eat?" tanya ayahanda.

"Nothing" jawab putera sepatah.
.
"What?? Why? don't you like kfc?" ayahanda dah mula geram. biasaler.. perasaan bila projek tak jadi ;)

"but.. it's not HALAL" balas putera perlahan.

Putera wat rekod sebiji zinger burger + sebiji colonel burger + seketul ayam goreng sebelom bonda suruh berenti takut muntah dalam kereta balik nanti.

[Bonda: sebetulnya putera yang "surprise"kan kami]

No comments: