Hari pertama puteri bongsu di sekolah

Puteri bongsu sudah 3 tahun dan masuk sekolah! hooray.. Puteri dpt join playgroup di westgate hill primary school.. tp kena bayar 6.50 pound sehari. pasal anak tak sabar nak sekolah, terpaksalah ayahanda tonyoh lantai lebih sket :)

Minggu lepas cikgu buat 1st day trial hari selasa. padahal sejak hari khamis sblm tu lagi puteri dah nangis nak masuk sekolah.

Hari pertama cikgu suruh bonda tunggu sampai abiss. sonoknya bonda tengok puteri dpt main dlm kelas.. sampai cikgu pon dia tak layan.

pukul 9pg masuk, habis pukul 12pm. budak2 lain dah balik tp puteri? tak nak balik.. puas bonda pujuk. tak layan. terpaksa bonda call ayahanda dtg ambik kami.

mula2 ayahanda pujuk.. pon tak layan. ayahanda terus dukung ke pintu. puteri stat nangis. kami bubuh jaket. dia menggelupur atas lantai sambil nangis lagi kuat.

ayahanda terus amik dukung puteri..pelik! tiba2 senyap. tak menggelupor lagi tp still teresak2. ajaib sungguh ilmu ayahanda. bonda rasa.











sampai ke rumah puteri cari bonda.

"mami.. baby not abah friend" kata si puteri.

"naper? tak baik tak nak kawan abah" pujuk bonda.

"at school.. baby nangis.. abah ulah a-a baby"

[Bonda: ropanya ada tangan ajaib. mujarab jugak petua nenek]

2 comments:

pokmudo said...

'Buah kilas' saper2pun kena ada.Yang pasti masalah dapat di'tangani'.

Cikli said...

tangan ajaib ni biasanya bonda yang amalkan pada ayahanda bila ayahanda cakap lebih2 depan orang ramai. dok keneh...